Bonjour Fellas! ![]() ![]() ![]() Mind your attitude cause Im the prefect here :) Dont break the rule or you'll been kicked off Haha Joking. If you dont like to be here. Please do the simple thing- just click the red X button above okay. Daaa~ Footprints |
G One-one!
23 March 2014 | 9:15 PM | 0 comments
Assalamualaikum"Once a G-one-one-er, Always a G-one-one-er" itulah pepatah G11 :) pepatah yang tercipta sebaik sahaja tanpa sedar, terbinanya satu ukhuwah yang kuat Sahabat-sahabatku. Jujur aku akui, pada detik terawal aku menjejakkan kaki di UPM, tika itu juga terdetik bagaimana caranya nak membina persahabatan baru? bagaimana nak menyesuaikan diri dengan orang-orang baru? bagaimana nak memulakan perbualan dengan orang-orang yg asing bagi aku ini? bagaimana utk aku hidup di sini? Semuanya baru bagiku. Tetapi kini.. Jujur aku akui, pada detik-detik dan hari-hari terakhir yg sedang menanti di mana akan menyaksikan perpisahan kita semua.. Aku yakin, hatiku juga akan terdetik bagaimana caranya nak membina persahabatan baru setelah aku merasakan aku menyayangi persahabatan yang ini? bagaimana nak menyesuaikan diri dengan orang-orang baru nnti sedangkan aku sudah serasi dengan tingkah laku mereka yang ini? bagaimana nak memulakan perbualan dgn orang lain selain mereka setelah aku lebih selesa berbicara segalanya kepada mereka? Dan, bagaimana untuk aku hidup tanpa mereka, setelah hari-hariku setelah hampir setahun kehidupanku di sini hanya dengan bersama merek? Sahabat-sahabatku. Terima kasih kerana menerima aku sebagai salah seorang daripada kalian. Persahabatan yang terbina tidak sama kenangannya dengan persahabatan yg lain. Mulanya susah juga aku nak bertegur sapa, tapi lama-kelamaan, hhmm.. Susah nak gambarkan perasaan. Mulanya ada yang aku tak suka, mgkin sebab semangat kenegerian Hahha Lawak. Tapi lama-kelamaan, negeri itu hanyalah tempat kelahiran, bukan dinding utk persahabatan Mulanya aku hanya keseorangan, kemudian berdua bersama Marini Awanis dan bertiga bersama Hafiyyan, tapi sekarang dengan semua warga G11 :D Yg dalam kelas tak mungkin kulupakan, apatah lagi saat-saat manis kita kat Port Dickson. Aku dapat rasakan ketika itu, kita betul-betul terlalu rapat antara satu sama lain. Aku dapat kenal perangai mereka yg selama ini pendiam, aku dapat kenal lagi perangai mereka yg sebelum ini menjengkelkan, bahkan aku dapat kenal lebih rapat mereka yang aku jarang tegur. Semuanya terlalu manis untuk ditinggalkan. Namun, apa yg bakal kita tinggalkan tetap akan tersimpan kemas menjadi suatu kenangan indah dalam sebahagian hidup kita. Terima Kasih sahabat G11. Terima Kasih! Aku sayang kalian semua! |