Yatt's Blog
Bonjour Fellas!



Hi ! I'm the Prefect of this blog. Hope you'll always feel free to visit here, my a lil bit messy blog.
Mind your attitude cause Im the prefect here :) Dont break the rule or you'll been kicked off Haha Joking. If you dont like to be here. Please do the simple thing- just click the red X button above okay. Daaa~

Story Linkies
Footprints



Audition Day
18 August 2013 | 11:36 PM | 0 comments
Assalamualaikum Guys!
Harini adalah hari audition Sunsilk tu. Dan aku dgn semangat plus nervous, aku bangun pukul 6.15 pagi dgn sndrinya. Actually aku tidur tidur ayam je, takut terlajak tidur tk memasal aku terlepas audition tu. Okay first of all aku sgt berterima kasih kat Abg Zaid, abang sedara aku, sebb dah tolong amik dan hntar aku ke Raffles College uhh padahal jauh dri Kota Damansara, ambik masa 40 minit jugaklah. Tu pun sebenarnya dia tak tahu pun, tapi berkat pertolongan google map, kitorang smpai jugak Hahaha.


Haa tengok tu muka semangat aku masa otw nak pergi Raffles College uhh.. Sekali dah smpai, rupa-rupanya aku tersalah time Haha. Orang mula pukul 9.30 pagi aku pergi datang pukul 8pagi Haha Apelah aku ni. Then masa tu semua media crew baru nak kemas itu ini. Alamak aku dah ganggu kerja dorang huu, sorry..

Ada sister tu suruh aku isi form dulu, dah isi semua, dia kata aku boleh pergi breakfast dulu ke apa then dtg balik pukul 9.30 pagi. Disebabkan aku 1st contestant yg datang, so aku adalah orang pertama yg akan di-interview dan dinilai. Ya Allah, nerbes aku!

After abg Zaid bwk pergi breakfast kat KFC Ampang Park, dia hantar aku semula. Abg Zaid kata relax je.. Masalahnya ni 1st interview seumur hidup aku wehhh. Rasa macam nak cari kerja pulak tahu ak. Aku masuk blok tu sorang-sorang dgn lenggang kangkung bayam semua.. Designer yg lain semua bwk outfits dorang. Okayyy dah nmpak layak tk layak aku ni :/

Aku memang tak bhenti senyum lah kt designer designer, tknak lah org kata 'baru newbie dah buat muka ketat' Hhmm tk mao mcm tu okayy. Aku buat apa-apa sorang-sorang, duduk sorang, kesian aku hehee. Designer lain dorang duduk satu kmpulan walaupn tk kenal antara satu sama lain, nmpak tak cara profesional dorang. Kagumnya dapat jumpa and tengok gaya dorang mcm aku tgok dalam tv tuuu Haha nak nak mcm dlm Project's Runway. 

Disebabkan aku 1st contestant, hmpir semua crew tahu aku ni newbie and amatur, dorang pun ada jugak yg tak lokek senyum balik kt aku.Dorang byk kali pesan kat aku spya relax and jgn nervous. Masalahnya aku pnya bibir dah terketar-ketar masa tu haha. Then masa aku di interview tu, dgn semua kamera semua crew semua judges tertumpu kepada aku, aku pnye nerbes plak makin menjadi-jadi. Aku tk tahu apa aku merepek, aku terangkan apa entah.. Tapi yg penting dari air muka the judges tu aku dah boleh agak yg dorang ragu-ragu nak qualify aku. Aku just senyum jee.. Aku tahu aku kaku Hhmm

Lepas dah habis tu aku kuar drpd audition room tu, ada sister yg baik tu kata aku dah boleh balik. Okay then aku kuar. Yg penting semua orang dan designers tgok aku, omg malu siaaa..


Aku ambik gmbar blok utk audition tu dari jauh je, sebb aku segan dgn orang orang kat situ, yeklah aku dah ahh pegi sorang Hehee. Apa-apapun aku kagum gn dorang, dorang terbaikk :) Cuma aku ni hmm. Aku tk tahu lah aku rasa sakit dada, rasa mcm nak pecah.. Tak, sebenarnya aku nak nangis.. Aku sedih sebb aku bolh agak aku tk terpilih. Aku tk kisah, sebb aku ni tkde talent yg sbnrnya dlm dsigning ni dgn jahit pun tak reti.. Tapi aku lagi sedih sbb kelemahan aku adalah aku tk dapat perform well disebabkan ni 1st time aku dtg interview and aku tkde bahan yg boleh mengkagumkan judges utk dijadikan bukti. Setakat design tu, semua orang boleh lukis..



Sedih, sedih.. Aku call mak, then terus nangis kt mak puas-puas. Mak kataa..
Janganlah nangis.. Tkpelah, 1st time kan..Lepas ni boleh cuba lagi. Kali ni amik pengalaman interview. Ni lah umpamanya nak interview cari kerja nnti. Haa lepas ni belajar jahit, barulah tak sia-sia lukis tu. Tkpee.. Bukan rezeki awak skrg ni..
Boleh plak mak buat aku gelak yg pasal jahit tu, hehee ye tulah masalah aku sbnrnya, lukis punye beriya smpai berangan nak join IFF, sekali tk reti jahit. Mane boleh, Yatt! :/

Okaylah , aku nak tgok The Conjuring gn roommate aku ni. Byeee! Thanks sebb sudi membaca :)
Assalamualaikum


Old things | New things